Translate

contoh puisi

Written By iqbal_editing on Selasa, 13 Desember 2016 | 04.28

PUISI SI PENCARI DENGAN SI YANG DICARI

Si Pencari:

Dimanakah kamu wahai puteri...
Kulihatmu sentiasa online di sini..
Tatkala aku melihat laman web ini...
Namamu terpapar di topik dan online list di sini...

Namun sejak beberapa hari kamu tiada...
Menghilang entah kemana...
Apa yang menimpa dirimu wahai si banyak pena..
Sehingga kesedihanmu dapat kurasakan walaupun sekadar di alam maya...

Tatkala begitu aku men'register' diriku...
Aku mencarimu...menunggumu...
Namun tiada juga kamu wahai kegemaranku..
Dimanakah kamu...

Apa salahmu...beratkah musibah menimpa dirimu..
Aku lihat kegirangan dan keikhlasan dalam dirimu..
Adakah yang lain nampak itu...?
Kerisauan memanjang dalam diriku...

Duhai yang dicari...
Bersuaralah walaupun menggunakan hati...
Membaca sudah pasti..
Kerana aku peminatmu secara ikhlas hati...

Si Yang Dicari

Wahai pencari diriku...
Usahlah mencariku diri ini...
Aku sentiasa ada di sini...
Kerana perjuanganku belum tamat di sini...

Aku ada di kalangan yang online...
Online seperti biasa...
Mengomen seperti biasa...
Tetapi berbeza pada nama sahaja...

Kesanlah wahai pencari..
Kesanlah menggunakan hati...
Jumpanya insyaAllah pasti...
Jangan biar berputus asanya hati...

Kesanlah di setiap penulisan..
Pasti ada penulisanku...
Kamu kenal aku...
Kesanlah...

Nama lama tidak dipakai lagi...
Kerana yang baru lebih baik...
Setelah berfikir dan berfikir...
Si empunya ganti jelah nama lain...

0 komentar:

Posting Komentar

 
berita unik