Translate

komik anak-anak sidek

Written By iqbal_editing on Rabu, 18 Januari 2017 | 02.29

Anak-anak Sidek ialah sebuah komik autobiografi jaguh badminton negara karya Kumpulan Pelukis J.A.S Sdn. Bhd. Komik ini menjadi komik biografi yang pertama dan seumpamanya di Malaysia yang diterbitkan selama 10 tahun, dari 1995 hingga 2005. Raja Azmi merupakan penerbit komik ini. Ia merupakan komik biografi mengenai keluarga pemain badminton negara iaitu keluarga Sidek, berdasarkan kisah benar. Komik ini juga pernah diulang cetak sebanyak beberapa kali kerana menerima permintaan tinggi daripada pembaca.
Terdapat juga siri animasinya dengan judul yang sama, yang telah disiarkan di RTM selama 3 musim dan 39 episod dari tahun 1999 hingga 2003. Semua anak-anak Sidek, kecuali Razif, menjadi ahli lembaga pengarah dan penerbit eksekutif bagi kedua-dua komik dan siri animasi ini.
Komik ini dilancarkan semula pada 2008 dan disertakan dengan VCD siri animasi ini, tetapi ia tiada lagi di pasaran sejak 2011.

Isi kandungan

Ringkasan

Anak-anak Sidek mengisahkan kehidupan Sidek bersaudara yang menghabiskan zaman kanak-kanak mereka di sebuah kampung yang bernama Kanchong Darat di Banting, Selangor pada 1960-an dan awal 1970-an, termasuk sekali kisah-kisah kehidupan Sidek bersaudara sebelum menjadi pemain badminton ternama negara, dan kehidupan peribadi anak-anak Sidek yang tidak pernah diketahui umum.
Komik yang julung kali diterbitkan di Malaysia pada 1995 (3 tahun selepas Malaysia memenangi Piala Thomas) dan diulang cetak berbanyak-banyak kali mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pembacanya.
Edisi baru komik Anak-anak Sidek dilancarkan pada April 2002 dan isi kandungan komik ini terdiri daripada komik hasil tangkapan skrin siri animasi Anak-anak Sidek dan ia juga turut disertakan dengan VCD siri animasi ini. Bagaimanapun, komik Anak-anak Sidek tidak lagi diterbitkan selepas 10 tahun berada di pasaran.

Watak-watak

Watak utama

  • Rusitah — Satu-satunya watak perempuan utama di majalah dan animasi Anak-Anak Sidek. Seorang gadis remaja yang bersifat lemah-lembut, pendiam, penyayang dan kadangkala tegas apabila berada dalam keadaan yang memerlukan. Anak sulung kepada pasangan Haji Sidek - Rukinah dan kakak kepada Misbun dan adik-adik ini membuat kemunculan pertama di episod pertama yang bertajuk Mulanya Di Sini.
  • Misbun — Anak sulung lelaki Haji Sidek - Rukinah dan adik kepada Rusitah. Seorang yang bersikap nakal, degil, pantang dicabar dan suka menyakat kakak dan adik-adiknya, rapat dengan Jalani dan selalu membuat aktiviti bersama.
  • Razif — Anak kesayangan Haji Sidek. Razif atau Ajib seorang yang kuat mengadu pada ayahnya perihal Bun, Alan dan Aman. Beliau selalu dipuji oleh ayahnya kerana kehebatannya bermain badminton.
  • Jalani — Beliau anak Hj. Sidek yang keempat. Nama timangannya Alan. Beliau selalu bersama dengan Misbun dalam aktiviti harian. Seorang yang penyabar dan selalu memberi nasihat kepada adik-beradiknya.
  • Rahman — Nama timbangannya Aman. Kenakalannya juga boleh tahan kerana terpengaruh dengan Bun.
  • Rashid — Anak bongsu kepada pasangan Haji Sidek - Rukinah.

Watak pembantu

  • Haji Sidek — Bapa kepada Rusitah, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Terkenal dengan tabiat panas barannya, Haji Sidek merupakan seorang yang tegas dalam soal badminton dan pendidikan anak-anaknya, tetapi tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya kepada anak-anaknya. Biarpun beliau angin satu badan, tetapi hatinya baik.
  • Rukinah — Ibu kepada Rusitah, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Rukinah yang mesra disapa dengan panggilan Kinah ialah seorang yang penyayang kepada anak-anaknya, tetapi jarang memarahi anak-anaknya.
  • Wak Sakawi — Wak ialah bapa saudara Haji Sidek, yang telah diamanahkan oleh bapa Haji Sidek, Haji Abdullah Kamar untuk menjaga keluarga Haji Sidek. Wak telah menjalankan amanahnya sepanjang hayatnya, beliau juga membujang sepanjang hayatnya dan tidak pernah berkahwin. Membuat kemunculan pertama dalam komik Anak-anak Sidek bilangan kedua, "Bun Mengamuk di Kubur", Wak menjadi tempat Misbun dan Jalani mengadu segala masalah dan berkongsi cerita, juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan tradisional. Wak Sakawi meninggal dunia pada 23 Oktober 1996 pada usia 90 tahun akibat sakit tua.

Watak lain

1 komentar:

Unknown mengatakan...

Copy paste in nutshell

Posting Komentar

 
berita unik