Pang! Satu tamparan lagi hinggap di pipiku. Sedikit darah terbit di
tepi bibir. Aku mengesat dengan baju lenganku yang lusuh. Hari ini saja
aku telah menerima 3 kali tamparan semata – mata kerana lambat melayani
permintaannya. Airmata mengalir lagi. Aku hiba.
“Sini kau” sergah Muhkriz sambil menarik rambutku yang terjurai panjang. Aku mengaduh kesakitan.
“Maaf ! Tuan Mukhriz. Sakit..sakit..aduh! Rambutku disentap dan
tubuhku dihumbankan ke bucu meja. Perutku senak. Kesakitan Juwairah
tidak tertanggung lagi. Dia menjerit dan meraung di situ. Apa dosaku
tuan…..aku mengetap bibir menahan kesakitan.
Wajah Muhkriz bengis memandang Juwairah yang terjelepuk ke atas
lantai. Dadanya berombak kencang menahan kemarahan. Langsung tiada riak
kasihan pun pada perempuan yang sedang menanggung kesakitan itu. Padanya
perempuan itu sememangnya layak di layan begitu. Jijik!
“Ingat ya! Lain kali kalau kau lambat lagi jawab panggilan aku, nahas
kau” amaran Muhkriz keras. Juwairah cepat – cepat menganggukkan
kepalanya, takut dipukul lagi. Ya! tuhan..hanya kerana aku lambat
menjawab panggilannya saja, aku telah terima menerima hadiah sebesar
ini. Terima kasih ….Muhkriz.
Juwairah merangkak perlahan menuju ke biliknya. Melihat dirinya
diserpihan cermin yang pecah, itupun dikutipnya di dalam buangan tong
sampah. Nak membeli memang dia tidak mampu. Bibirnya bengkak, lengan,
peha dan perut ada kesan lebam kebiruan. Juwairah menitiskan airmata.
Dia amat sedih dengan perlakuan Tuan Muhkriz yang tidak pernah ada rasa
belas kepadanya. Dari hari pertama dia menjejakkan kakinya ke Villa
Damai ini, layanan Mukhriz tidak pernah lembut malah sentiasa
mengkasari Juwairah tanpa apa jua alasan. Hina sungguhkah aku dimatanya.
Ingatku masih segar, mengimbau kembali saat itu.
“Siapa yang papa bawa balik ni. Kotor betul, muka pun comot.
Eeii…busuk la pa”, tegur Puan Sri Sharifah Zakiah sambil menutup
hidungnya. Matanya menjeling tajam. Meluat melihat diriku yang kotor dan
busuk. Hatiku pedih mendengar kata – kata itu. Tan Sri Syed Mahmud diam
hanya memberi isyarat kepadaku supaya mengikuti arahan isterinya.
“Mak Mah…ooo…Mak Mah”. Terkocoh – kocoh wanita tua itu berlari.
“Ya..Puan Sri”
“Bawa perempuan kotor ni, masuk bilik stor belakang. Itu tempat dia.
Lepas tu, suruh dia bersihkan dirinya. Mak Mah kena ajar dia nanti apa
yang perlu dibuat, ingat! jangan nak duduk senang kat sini” herdikan
Puan Sri menikam jantungku. Masakan aku nak duduk senang di sini. Aku
sedar siapa diriku. Aku memang tak layak untuk menikmati apa – apa
kemewahan di villa ini.
Pesanan arwah ayah ku sematkan di hati . Ah! Hanya 7 tahun saja aku
di sini. Aku perlu menglangsaikan hutang-piutang ayah supaya rohnya
tenang nanti. Aku hanya perlu sabar dan tabah untuk meneruskan kehidupan
di sini. Ya! Sabarlah wahai Juwairah….
Jeritan Tuan Syed Mukhriz dari luar bilik mematikan lamunanku. Ah!
Dia lagi. Tak habis – habis mencari aku. Apa lagi yang dia mahu.
Juwairah bingkas bangun dan berlari terhinjut – hinjut mendapatkan Tuan
Muhkriz , cuba menahan kesakitan tadi.
“Ya…Tuan Muhkriz”, tergetar suaraku menjawab panggilan Mukhriz.
“Malam ni, aku tahu kau pakai elok – elok sikit. Jangan nak bikin
malu aku je. Walaupun kau tu tak layak, tapi aku tak boleh tahan kalau
kau tu asyik nak kena kutuk je. Ingat tu… maruah aku, kau kena jaga
juga. Faham”. Dua tiga kali kepalaku ditunjal – tunjal, bimbang
peringatan keras itu diabaiku. Teruk betul, cakap aje la tak payah nak
tunjal kepala aku.
“Sa..saya tanya boleh, tuan”
“Apa dia”
“Ada apa – apa yang istimewa ke malam ni, tuan”.
“Bukan urusan kau nak ambil tahu. Ingat! pesan aku tu tadi. Bodoh!”.
Kepala Juwairah ditunjal lagi. Muhkriz berlalu pergi meninggalkan aku
yang masih terpinga – pinga.
Ah! Apa yang aku nak pakai ni. Juwairah gusar memikirkan baju yang
ingin dipakainya malam nanti. Mana tidak nya, dia tidak pernah ada walau
sepasang pun baju yang cantik. Usah katakan cantik, yang elok sikit pun
dia tidak pernah memilikinya. Sepanjang dua tahun bekerja di villa ini,
aku tidak pernah keluar malah gaji pun tak pernah dapat. Aku hanya
mengharap ehsan Mak Mah yang kesian melihat kedaifanku. Kadang – kadang
diberinya sehelai dua baju kurung kedahnya yang besar bersama kain
batik. Itu saja yang aku ada. Nak harapkan Muhkriz, memang takkan dapat
la jawabnya.
Juwairah berjalan mundar – mandir memikirkan masalahnya. Emm…minta
tolong Mak Mah la, mana tahu mungkin ada bajunya yang elok sikit.
*********************************
Malam itu, ramai sanak – saudara Tan Sri Syed Mahmud dan Puan Sri
Sharifah Zakiah hadir bagi meraikan majlis ulangtahun perkahwinan mereka
yang ke-52 tahun. Khemah kanvas tertutup berwarna putih gading dihiasi
indah dengan bunga ros merah yang segar. Kebanyakan yang hadir terdiri
dari saudara – mara yang berpangkat dan kaya – raya. Lihat saja pakaian
mereka yang begitu gah, kelipan labuci menghiasi dada, kilauan berlian
di leher, tangan dan dijari memukau mata yang memandang. Juwairah
terpaku melihat suasana begitu. Rasa rendah dirinya menyelubungi jiwa,
tak layak sungguh aku untuk bersama – sama dikalangan mereka sekalipun
berstatus orang gaji. Juwairah tidak mahu alpa, dia segera membantu Mak
Mah menyiapkan hidangan malam itu walaupun khidmat katering ada
disediakan.
Juwairah sibuk membantu menyiapkan keperluan hidangan di atas meja
besar itu. Tak menang tangan dibuatnya, begitu pantas dia membuat kerja
dari mengelap, menyusun, menghidang malah sehingga melayani setiap
tetamu yang hadir.
Dalam pada itu, Juwairah tidak sedar ada sepasang anak mata sedang
asyik memerhatikan setiap perlakuannya. Wajah Mukhriz keruh, masam
mencuka melihat senyuman Juwairah yang tidak putus – putus kepada
tetamunya apatah lagi malam itu penampilan Juwairah amat berlainan
sekali, nampak ayu berbaju kebarung labuh walaupun coraknya sudah
ditelan zaman. Baju Mak Mah masa mudanya, mujur masih boleh dipakai.
Ah! dengan aku tak pernah pun kau nak senyum macam itu ..desis hati
Mukhriz kegeraman. Hati Mukhriz membara. Kemarahannya disimpan ..kau
tunggu lah malam nanti.
Tiba – tiba suasana senyap seketika, menanti pengumuman penting yang ingin disampaikan oleh Tan Sri Syed Mahmud.
“Assalammualaikum kepada semua hadirin. Sempena di hari ulang tahun
perkahwinan ini, saya ingin umumkan satu berita gembira. Majlis
pertunangan anak saya Syed Muhkriz dengan Sharifah Shahireen anak
perempuan kepada Dato’ Syed Bahtiar akan diadakan sebentar lagi. Dan
mereka akan disatukan, 6 bulan dari sekarang iaitu sebelum saya dan
isteri berangkat ke tanah suci. Harap kesudian tuan/puan sekalian
menghadirkan diri dimajlis kami nanti”.
Berita gembira itu, diterima dengan tepukan yang gemuruh dan ucapan
tahniah yang tidak putus – putus. Wajah Mukhirz bersinar kegembiraan.
Sebaliknya Juwairah bagaikan hilang nyawa di telan bumi.
*************************************
Kandunganku semakin sarat menyukarkan pergerakanku untuk membuat
kerja – kerja rutin. Mujur ada Mak Mah yang banyak membantuku. Cuma di
mata Puan Sri aku kelihatan menyakitkan hati dan mewujudkan kebencian
yang meluap lebih – lebih lagi benih Mukhriz semakin membesar di
rahimku.
Aku masih ingat kejadian 3 tahun dulu, saat Mukhriz di tangkap oleh
Tan Sri ketika sedang merogolku. Tan Sri malu dengan perbuatan Mukhriz
malah rasa bersalah pada arwah ayah yang merupakan bekas pemandu
peribadinya. Tan Sri mengambil keputusan mengahwinkan kami secara rahsia
pada malam itu juga bagi menutup malu walaupun mendapat bangkangan
keras dari Puan Sri.
Hubunganku dengan Mukhriz hanya sekadar di atas kertas dan di ranjang
saja sepanjang menghuni vila itu. Tidak lebih dari itu. Tiada kasih
sayang, tiada belaian, tiada yang zahir, cuma yang wujud batinnya saja
yang perlu dipenuhi saban malam. Kerakusannya menjamah tubuhku ibarat
melepaskan nafsunya yang terpendam lama. Biarpun diherdik, dimaki malah
dipukul sepanjang menjadi isterinya namun aku tetap akur ketentuanNYA
yang ingin menduga umatnya yang bertaqwa.
Kini, Mukhriz tidak lagi tinggal di villa ini. Sejak berkahwin,
Mukhriz telah membawa isterinya yang cantik dan berpelajaran itu tinggal
berasingan. Bimbang sialku akan berjangkit nanti pada isteri
tercantiknya. Bagai disentap tangkai hatiku pabila mendengarkan
keputusannya. Hidup ku tiba – tiba dirundung kesuraman dengan
ketiadaannya. Namun kehidupan mesti diteruskan walau tanpanya. Aku
pasrah.
Sikap Puan Sri Hajah Sharifah Zakiah tidak pernah berubah. Dia amat
membenci Juwairah dan kebenciannya semakin memuncak. Perut yang memboyot
itu direnungnya tajam. Dia perlu memikirkan sesuatu untuk mengugurkan
kandungan itu.
Emm….percubaan pertama dulu, aku telah berjaya. Tapi kali ni, macam
mana betina ni boleh lepas. Ah! aku mesti fikirkan sesuatu. Aku tidak
boleh biarkan anak yang dikandung itu membawa nama keturunanku. Tak
layak langsung. Jijik aku melihatnya. Kemarahan Sharifah Zakiah
memuncak, dia perlu bertindak segera.
Pada malam berikutnya, Puan Sri telah memaksa Juwairah menelan
sesuatu dengan harapan kandungannya akan gugur ataupun anak yang bakal
lahir tidak dapat menikmati kehidupan di dunia kelak.
“Minum ni”, secawan air hitam pekat disuakan kepadaku.
“Tak mahu..Puan Sri” aku menolak.
“Minum! Aku kata”
“Tidak, saya tak mahu…berdosa Puan Sri”…aku merayu.
“Ooo…degil ya. Nak melawan aku”.
Puan Sri semakin mendesak. Tubuhku ditolak kuat sehingga aku
tersembam ke lantai dapur. Aduh! Aku mengerang kesakitan yang amat
sangat di perutku. Ada darah mengalir. Pandanganku terasa gelap, terus
tidak sedarkan diri.
*************************************
Muhkriz terkedu. Surat yang disampaikan kepadanya dibaca. Isi kandung
yang menyentuh jiwa telah mencalar sifat kelakiannya, akhirnya airmata
Mukhriz gugur di pipi.
\”Kehadapan Tuan Syed Mukhriz yang sentiasa diingati…
Maaf
sekiranya kehadiran surat ini menganggu situasi Tuan Mukhriz bersama
isteri tercinta. Terlebih dahulu saya mohon maaf dari hujung rambut
sehingga hujung kaki, minta dihalalkan segala makan minum saya selama
menetap di Villa Kasih bersama tuan.
Saya mohon maaf juga di atas segala tingkah laku saya yang kurang
menyenangkan hati tuan. Kelemahan saya, kebodohan saya, kedaifan saya
dan kemiskinan saya sehingga menyebabkan tuan malu akan diri ini.
Segala perbuatan tuan telah saya maafkan malah saya halalkan segala
tuntutan yang menjadi hak saya selama saya menjadi isteri tuan. Untuk
makluman tuan, anak saya kini telah berusia 10 tahun. Tapi jangan lah
tuan khuatir, saya telah mendidiknya agar tidak menuntut apa – apa hak
dari tuan malah saya tidak mengizinkan dirinya sama sekali menyebut nama
tuan atau apa – apa yang berkaitan dengan nama keturunan tuan.
Kami
anak – beranak sedar kedudukan kami di mata tuan. Saya tidak akan engkar
akan larangan itu. Oleh itu, sudi lah kiranya, tuan dapat bertemu
dengan anak saya yang hina itu untuk tatapannya buat sekali ini saja
tuan.
Akhir sekali, izinkan saya buat sekian kalinya selama kita hidup
bersama memanggil tuan, abang. Ya! Satu panggilan yang diidamkan oleh
setiap wanita berkahwin begitu juga saya. Saya amat merindui panggilan
itu. Moga roh saya tenang dengan izin abang. Terima kasih…. abang”.
Sekian
Mengharap kasih – Juwairah
Surat dilipat kemas kemudian disisipkan ke dalam saku baju. Mukhriz
memandang wajah budak dihadapannya. Kelihatan tenang dengan senyuman
menawan. Ya …mirip Juwairah cuma matanya saja miripku.
“Siapa nama awak” lembut bicara Mukhriz.
“Nama saya Hafiz, tuan”
“Bin?”. Budak itu mendiamkan diri, kemudian menyerahkan sijil beranak kepada Mukhriz.
“Saya dilarang menyebutnya”
Mukhriz gumam lalu memeluk budak itu. Airmata bergenang dikelopak matanya.
“Lepas ni,panggil ayah…ya sayang”
“Maaf
tuan. Ibu pesan, jangan sekali – kali saya cemarkan nama tuan dengan
panggilan ayah. Saya tak nak langgar janji ibu. Tapi tuan jangan la
risau ya, saya datang nak tengok wajah tuan saja. Saya tak kan tuntut
apa – apa dari tuan. Terima kasih tuan kerana pernah menyayangi ibu
saya. Selamat Tinggal”. Budak itu berlalu pergi bersama penjaganya
meninggalkan Mukhriz dalam kekeluan. Airmata gugur lagi.
Maafkan abang …Jue.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar