Aku juga mempunyai impian
seperti orang lain.Impian untuk aku mencapai kejayaan cemerlang dalam
hidupku.Aku akan menjadi seorang arkitek yang terkenal dan dikenali ramai.Namun
aku tahu itu cuma khayalan semata-mata.Aku tahu aku bukan sebijak orang
lain.Duduk pun dikelas belakang.Bukan aku ingin mengalah diawal waktu namun…
Aku sedar siapa diriku.Semua
orang mengatakan aku ini anak seorang pelacur termasuk arwah nenek ku
sendiri.Aku tidak faham kenapa ibuku dituduh sebagai pelacur.Sedangkan aku
lihat Ibu seorang yang sangat baik.Ingin menegur sapa dengan lelaki pun
susah.Namun arwah nenek ku tetap menuduh begitu walaupun ibu menidakkan perkara
tersebut sehingga aku turut menerima tempiasnya apabila orang-orang memandang
serong kepada aku dan ibuku.Namun tidak elok pula sekiranya aku masih berdendam
kepada nenek yang yang telah pun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.
Aku juga sering dicaci dan
dihina oleh orang ramai.Tetapi itu langsung tidak berbekas dihatiku kerana aku
sudah terbiasa dihina dan dicaci.Ibu sering memepertahankanku.Pernah sewaktu
usia ku menginjak ke angka lima.Waktu itu aku baru sahaja menjejakkan kaki ke
alam persekolahan.Aku dicaci dan dihina dengan teruk hingga menyebabkan aku
malu dan takut untuk ke sekolah.Masih terngiang-giang di telingaku segala
ucapan salah seorang ibu kepada murid di situ.
“Hei!!pergi sana.Anak pelacur
macam kau ni tak layak main dengan anak aku.Jijik aku dengan kau.Sama saje
dengan mak kau tu,kotor.Agaknya berapa banyak jantan dah yang dia goda”Hinanya
sehingga membuatkan aku menangis tersedu-sedu.
Kejam.Itu memang kejam.Apalah
salahnya anak sekecilku yang tidak tahu apa-apa ini.Kalau betul ibu seorang
pelacur,Mereka itu lebih teruk dari ibu.Ibu sering berpesan kepada ku supaya
biarkan sahaja mereka.Nanti letihlah mulut mereka.Bukankah sabar itu separuh
daripada iman.Aku cuba untuk menyabarkan diriku.Alhamdulillah akhirnya aku
Berjaya untuk menjadi seorang yang bersabar.Aku
juga pernah menyoal ibu tentang ayahku.Namun hampa apabila ibu hanya membisu
tanpa sedikit pun membuka mulut.
Kehidupanku disekolah juga
begitu.Semua orang memandang serong padaku.Walaupun begitu aku mempunyai dua
orang sahabat yang sangat baik.Salah seorang dari mereka mempunyai masalah
penglihatan
Sehinggalah pada suatu
hari.Kehidupan berubah mulai saat itu….
“Err..Awak Zara Balqis
kan”Lamunan ku terhenti serta merta.Aku berpaling ke belakang apabila satu
suara memanggil nama ku.Nama penuh pula tu.Aku pandang sekujur tubuh yang tegak
berdiri itu.Wajahnya tidak jelas kelihatan memandangkan air mata yang bertakung
ditubir mataku.
Aku cepat-cepat mengelap air
mataku.Malu apabila melihat diriku yang menangis begini.“Kenapa ni?”Soalnya
sambil menghulurkan sehelai sapu tangan bewarna biru kepadaku.Aku menyambut
sambil mengucapkan terima kasih,segan apabila dapat mengecam siapa dihadapanku
saat ini.Aku mengesat air mataku yang bersisa menggunakan sapu tangan itu.
Dia tersenyum manis.“Macam
mana awak tahu nama saya?”Soalku.Aku amat mengenali gerangan dihadapanku
ini.Nama dia Haris Badri.Pelajar baru disekolah ku.Dia merupakan pelajar pintar
dan menjadi harapan kepada sekolah.Rasa segan pula bila berdiri
disebelahnya.Mana taknya,Aku dah lah selalu dihina,dicaci duduk pula di kelas
belakang.Dia pula pelajar cerdik duduk di kelas hadapan pula tu.
“Saya selalu dengar pelajar
kelas saya cakap fasal awak bila awak lalu sebelah kelas saya”Ucap Haris dengan
senyuman yang masih belum pudar..Aku mengangguk.Mesti mereka menghina aku di
hadapan Haris.Ah malunya.Mungkinkah Haris juga seperti mereka?
“Oh”Hanya itu yang mampu aku
balas.Aku risau sekiranya Haris juga mencemuh dan menghina diriku sama seperti
orang lain.Tetapi aku dapat lihat sinar keikhlasan Haris untuk berbual dengan
ku.
“Hah ni mesti awak nak cakap
yang saya ni sama je macam orang lain kan?Saya ni bukan yang macam awak
sangka.Saya ikhlas berkawan dengan awak”Cepat-cepat Haris menyangkal apa yang
berada di fikiranku.Haris ni ada silap mata ke?boleh tahu apa yang berada di
fikiran orang lain.
Aku tersenyum malu.“Jadi awak
nak kawan dengan sayalah ni?”Soalku beriak curiga.Laju sahaja Haris
mengangguk.Aku terharu.Tak sangka ada juga orang yang sanggup berkawan dengan
diriku selain Mira dan Ita.Selama lima belas tahu aku hidup didunia ini baru
hari ini ada seorang yang bersungguh-sungguh untuk berteman dengan ku.
“Awak tak malu ke kawan
dengan saya?”Soalku menginginkan kepastian.Aku cuma mahu lihat sejauh mana
keikhlasannya.
“Buat apa nak malu.Kita semua
ni sama je.Awak tahu kan.Bayi yang baru lahir diibaratkan seperti kain
putih.Cuma yang tinggal hanya untuk mencorakkan kain yang putih itu sahaja.Tak
semestinya ayahnya imam anak pun imam juga dan tak semestinya ayahnya doktor
dia pun doktor jugakan”Terangnya panjang lebar.Aku semakin yakin dengan
keikhlasannya.
“Kalau awak sudi berkawan
dengan saya,saya tak kisah.Saya terima dengan hati terbuka”
Dan semenjak itu hubungan
kami semakin erat.Haris juga sering membantu aku dan kawan-kawanku belajar.Apa
yang kami tidak faham akan ditunjuk tanpa merungut dan jemu.Aku juga sering
menerima ugutan dari pelajar-pelajar perempuan.Salah seorangnya adalah
Jasmin.Dia memang anti dengan ku.Entah apa salahku tiba-tiba sahaja
membenciku.Namun Aku biarkan sahaja.Malas nak layan orang yang suka merendahkan
orang lain.
SEDAR tak sedar,hanya tinggal
beberapa hari sahaja lagi peperikasaan PT3 bakal bermula.Debaran mula
terasa.Ketakutan dihati usah dikata,rasa seperti peperangan besar bakal berlaku
pula.Aku perlu melakukan persediaan untuk itu.
Sebagai langkah awal,aku menampal pelbagai jenis nota di
dinding bilikku.Dengan berbekalkan semangat yang tinggi dan angan-angan yang
jauh aku membuat pelbagai jenis latih tubi.Kali ini aku tak mahu main-main
lagi.Aku ingin berusaha bersungguh-sungguh dan aku pasti aku dapat
melakukannya.
Sedang asyik aku melakukan latih tubi didalam bilik
tiba-tiba pintu bilikku dibuka dari luar.Aku berpaling serta merta.Wajah ibu
tersembul di balik pintu.Aku tersenyum.Ibu masuk lalu duduk disebelahku.Aku
memandang wajah ibu.“Banyak lagi ke?”Soalnya lembut.
Aku menggeleng.“Belum lagi.Tak lama lagi kan Zara nak exam.Jadi Zara nak bersedia dari
sekarang”Ucap ku bersungguh-sungguh.Ibu terseyum sahaja.Tetapi tidak lama
kemudian aku lihat senyuman ibu mati.
“Kenapa ni ibu?”Soalku kehairanan.Tangan ibu aku pegang.Aku
memandang wajahnya.Wajah itu masih cantik walaupun sudah menjakau usia lewat
tiga puluhan.Ibu menggeleng.
“Ibu nak Zara belajar betul-betul.Jadi orang berguna.Ibu
harap sangat Zara Berjaya ke menara gading.Jangan jadi macam ibu”Agak bergetar
suaranya.Aku menganggukkan kepala.Aku tahu apa yang ingin disampaikan
padaku.Dia tidak mahu aku menjadi seperti dirinya yang selalu dihina dan
dicaci.Tapi aku yakin suatu hari nanti penderitaan ibu akan berakhir.Tubuh Ibu
aku peluk erat
“Zara janji Zara akan buat yang terbaik dan akan bangga kan
Ibu”Ibu membalas pelukanku dengan tangisan kegembiraan.
SELESAI.Selesai sudah peperiksaan PT3 yang dinanti-natikan selama ini.Aku tersenyum
kelegaan.Dengan perasaan yang gembira aku melangkah ke surau sekolah.Aku ingin
bersujud kepada ALLAH.Aku ingin berterima kasih kepada-NYA.
Aku bersyukur kepada Ilahi.Walaupun orang lain
menghina,mencemuh diriku namun ALLAH tetap ada bersamaku.Haris pernah berpesan
kepadaku,Jangan menyalahkan takdir kerana takdir ALLAH adalah takdir yang
terindah.Aku yakin setiap dugaan yang diberi pasti ada pelangi yang bakal
mendatang.
Selesai menunaikan solat sunat Dan solat Zohor.Aku terus
mendapatkan Haris yang juga baru keluar dari surau.Kami sudah berjanji untuk
pulang bersama.Aku mendekati Haris dengan senyuman.Haris membalas senyumanku.
“Dah siap?”Soalnya.
“Eh belum,Zara ada dekat dalam tengah solat lagi”Aku
melawak.Dah tahu aku kat sini Tanya lagi.Haris ketawa lucu agaknya dengan lawak
bodohku.
“Mira dan Ita sudah balik?”Soalku apabila kelibat dua orang
sahabat ku tidak kelihatan.
“Sudah.Eh,Mari kita balik.Saya dah lapar ni?”Kami berdua
beriringan ke pintu pagar sekolah.Sampai sahaja di pintu pagar aku lihat wajah Haris
pucat.Badannya kaku.Aku menyorotkan pandanganku mengikut arah anak mata
Haris.Aku lihat seorang wanita yang anggun keluar dari sebuah kereta mewah
berjenama BMW.Aku tertanya-tanya sendiri.Siapa wanita itu?Kenapa Haris pucat
melihat wanita itu.Kalau dilihat dari raut wajahnya.Aku beranggaran umur wanita
itu sebaya dengan ibu.
“Jom”Ajaknya dan kemudian terus menonong pergi dari
situ.Aku tanpa mengerti apa-apa terus menuruti langkah Haris.“Haris…Haris”Aku
dengar Wanita itu memanggil-manggil nama Haris.Haris pula langsung tidak
menghiraukan panggilan itu.Aku menyaingi langkah Haris namun langkah Haris
terlalu laju sehingga aku tertinggal beberapa langkah.
“Haris,siapa tu?”Soalku namun Haris hanya membisu seribu
bahasa.Belum pun sampai separuh jalan.Kereta mewah tadi berhenti betul-betul di
hadapan kami.Hayunan langkah kami terhenti.Wanita tadi keluar dari kereta
dengan juraian air mata di pipi.Hris mendegus kasar.Dia ingin melangkah pergi
namun cepat-cepat wanita itu memegang tangannya.
“Haris,please.Jangan buat mama macam ni.Mama minta maaf
fasal perkara dulu.Mama tahu mama salah.Tapi janganlah hukum mama sampai macam
ni.Mama dah terima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mama.Haris tahu
tak,semenjak Haris tinggalkan mama dan duduk dengan pak ngah.Mama betul-betul
rindukan Haris”Wanita itu memegang bahu Haris.
Oh,jadi wanita itu adalah ibu Haris.Aku sebenarnya tidak
mendengar Haris bercerita tentang keluarganya.Yang aku tahu Haris sekarang
bersama bapa saudaranya yang merupakan orang berpengaruh dan mempunyai pangkat
yang tinggi disini.Tapi kenapa Haris seperti tidak menyenangi akan kehadiran
mamanya.Apa yang berlaku sebenarnya?Aku tertanya-tanya sendiri.
“Sudah lah mama.Haris dah bosan.Bosan dengan sandiwara
mama.Haris menyesal,meyesal dapat ibu sebusuk mama”Aku terkejut dengan ucapan
Haris yang kasar itu.Selama ini aku tidak pernah mendengar Haris meninggikan
suara seperti itu.Apatah lagi dengan ibunya pula tu.Mama Haris menangis
semahu-mahunya.Sayu hatiku melihat air mata seorang ibu.Aku memandang wajah
wajah tampan Haris yang mencuka sahaja.Tiada langsung simpati pada wajah itu
Haris meleraikan pautan pada bahunya lalu terus
berlalu.Mama Haris terduduk.Aku tersentuh.Dengan rasa simpati aku mendekati
wanita itu.“Mak cik janganlah macam ni”Pujukku.Belakang badannya aku urut
lembut.“Ini semua salah aunty.Kalaulah dulu Aunty tidak berlaku curang,pasti
ayah Haris masih ada.Tapi Aunty bodoh,Aunty ikut juga cakap jantan tak guna
tu”Rintihnya.
“Aunty,semua orang pernah buat kesalahan.Aunty tak perlu
salah kan diri sendiri.Manusia ni mana ada yang sempurna.Fasal Haris biar saya
yang uruskan.Aunty jangan risau ye”Aku memujuk.Mama Haris hanya mengangguk.Dia
kelihatan agak tenang selepas aku memujuknya.
“Terima Kasih err…”
“Zara Balqis,panggil sahaja Zara”Aku lihat mama Haris
seperti terpaku apabila aku menyebut namaku.Aku memanggilnya.Barulah dia
tersedar.
“Err…Terima kasih Zara.Nama Aunty Linda”Aku menyalami
tangannya.“Fasal Haris,Aunty jangan risau.Saya rasa baik aunty balik dulu.Rehat
kan diri”Aunty Linda mengangguk setuju dengan ku.Dia kemudian terus berlalu.Aku
tahu dia berharap yang Haris akan berpaling padanya.Namun hampa apabila Haris
langsung tidak memandang apatah lagi menjelingnya.
Aku berpaling kearah Haris yang menungguku dengan wajah
yang masam mencuka.Aku tahu dia begang dengan tindakan ku.Tapi aku tak boleh
membiarkan sahaja Haris terus membenci ibunya tentang kesalahan ibunya yang
lalu.Yang penting aku kene ceramahkan dia.
Aku mendekati Haris yang masam buah mempelam
muda.“Haris”panggilku.Haris mendegus kasar.“Kenapa awak berbual dengan dia.Saya
tak suka”Ucap Haris dengan nada yang tinggi.Aku memandang tepat mata Haris yang
tajam memandang wajah ku seperti mata helang.
“Haris dia mak awak.Kenapa awak benci sangat pada dia?”Aku
menyoal lembut tanpa menyinggung perasaannya.Dia menggeleng dengan senyuman
sinis.“Zara,awak takkan faham perkara ni”Kendur suaranya menuturkan ayat
itu.Aku dapat lihat wajahnya yang penuh kesedihan.
“Siapa cakap saya tak faham.Saya faham masalah awak.Awak
selalu nasihatkan saya,jadi pendengar setia saya,malahan awak sanggup berkawan
dengan orang yang selalu dipinggirkan ni.Awak pernah cakap pada saya dulu.Awak
ingat tak,Awak cakap apa pada saya.Awak cakap pada saya walau macam mana pun
ibu kita.,kita sebagai anak perlulah hormati mereka,sayangi mereka sebagaimana
mereka membesarkan kita.Ingat segala jasa mereka pada kita.Awak juga cakap pada
saya,takdir ALLAH adalah takdir yang terindah.Jangan salahkan takdir yang
diberi”Panjang lebar aku berucap.Aku Cuma mahu dia sedar.Aku tahu dia seorang
yang baik dan pemaaf.
Aku lihat air matanya telah mengalir di pipi.“Awak
betul-betul takkan faham apa yang dia uat pada saya dan ayah saya”Haris memang
ego.Walaupun sudah mengalirkan air mata namun hatinya tetap keras macam
batu.Aku mengeluh berat.
“Apa yang saya tak faham?cuba awak cakap.Ceritakan masalah
awak tu pada saya”Aku memujuk lagi.
“Disebabkan dia kehidupan saya berubah.Ayah saya meninggal
disebabkan kecurangan dia.Sebab itu saya ambil keputusan untuk menetap dengan
bapa saudara saya disini”Ucapnya berselang seli dengan sedu tangisnya.
“Saya tahu,tapi dia kan dah berubah.Awak patut dapat
maafkan dia”Aku tidak mengalah memujuknya.Haris menggeleng dengan air mata yang
laju mengalir.Dia ni memang betul-betul ego.Tak boleh ke turunkan sikit ego tu.
“Beri kan saya masa”Haris berjalan mendahuluiku.Aku tetap
mengejar langkahnya.“Baik saya akan bagi masa untuk awak berfikir.Saya harap
awak dapat maafkan mak awak”Ucapku sambil tersenyum kearahnya.
SAMPAI sahaja di rumah banglo mewah dua tingkat milik bapa
saudara Haris.Aku terus meminta izin untuk pulang ke rumahku.Haris menahanku
dari pulang awal.Aku hanya bersetuju kerana aku sudah memberitahu ibu bahawa
aku pulang agak lewat kerumah.
“Zara,duduklah sini dulu”Ajak Haris.Perkara tadi seperti
tidak ada dalam memorinya.Pada mulanya aku ingin menolak namun demi melihat
kesungguhan Haris.Aku hanya bersetuju.“Kenapa macam beriya je awak ajak saya
singgah sini?”Soalku hairan.Aku sebenarnya agak segan dengan keluarga Haris.Ialah,keluarga
Haris kan terdiri dari golongan berada.Aku ni boleh dianggap bagai enggang dan
pipit dengan Haris.“Macam ni,sepupu saya ada balik.Dia sama umur dengan kita
tapi dia belajar kat oversea.Dia teringin nak jumpa awak,sebab saya selalu
cerita kisah awak pada dia”Haris menerangkan hal sebenar.Aku sudah
ternganga.Macam tu pulak.
“Apa awak ni.Saya seganlah.Dah lah sepupu awak pun saya tak
kenal”Balasku perlahan.Wajahku juga sudah merah padam menahan malu.“Sebab tu
lah saya ajak awak kesini supaya dapat berkenalan dengan dia”Haris menahan
tawanya.Aku mencebik.
“Danny”Panggil Haris dari arah belakangku.Aku betul-betul
malu ingin berpusing mahu pun bertentang mata dengan sepupu Haris.“Yo,awal kau
balik?”Kedengaran suara garau seseorang dari arah belakangku.Aku tetap tidak
mahu menoleh ke belakang.
“Kan aku cakap,aku exam hari ni”Balas Haris.“Well,aku nak
kenalkan kau dengan seseorang”Ujar Haris sambil memandang wajahku.Aku semakin
tak keruan.Malu bercampur geram.
“Siapa ni?Girlfriend kau ke?”Soal sepupu Haris.Aku terus
terbangun dan berpaling kearahnya.Aku dapat melihat dengan jelas wajah kacak
dengan anak mata bewarna hazel.Kalau diikutkan tampan macam Haris jugak.
“Bukan.Saya kawan baik dia”Pantas aku menjawab.Takut
dikatakan mengambil kesempatan.Aku bukan perempuan seperti itu.Lelaki itu hanya
mengangguk.“Danny,ini Zara Balqis binti Mohd Fadil.Dan Zara,ini Syed Daniel
Hakimi bin Syed Awaluddin”Haris memperkenalkan kami antara satu sama lain.Aku
tersenyum sambil menunduk hormat,Dia juga berbuat begitu.
“Nama ayah korang sama kan,Mohd Fadil”Ujarnya mengulangi
nama ayah kami berdua.Dulu aku juga sebenarnya tak sangka yang nama ayah kami
sama.Adakah ini dinamakan jodoh.Aku tersengih sendiri.
“Mungkinkah kami ni ada jodoh”Balas Haris dengan nada
bergurau.Mereka berdua ketawa.Aku Cuma tersenyum.“Jadi dia lah yang selalu kau
cerita pada aku tu?”Soal Danny sambil menudingkan jari kearah ku.Haris hanya
menganggukkan kepala.Danny menjeling ku dengan senyuman manis di bibir.
Aku lihat Danny mendekatkan wajah ke telinga Haris seperti
ingin membisikkan sesuatu.Kemudian mereka ketawa sambil memandang wajah ku.Aku
yang kehairanan terus memandang diriku sendiri.Takutlah ada sesuatu kotoran
padaku ataupun tudungku senget ke?
“Kenapa?”Soalku sambil memandang wajah mereka.Mereka berdua
menggelengkan wajah.Aku mengecilkan mata menandakan aku tak mahu mereka
berbohong.“Betullah.Tak ada apa-apa pun”Balas Haris meyakinkan ku.
Aku Cuma mengangguk menyatakan aku percaya dengan
kata-katanya.“Eh,saya nak balik dululah.Dah lewat ni,nanti ibu saya risau”Aku
meminta izin untuk pulang.“Awal lagi ni”Danny pula memujuk.Aku menggarukan
kepala yang tak gatal.“Tak boleh lah.Ermm…macam ni,esok saya janji saya singgah
lagi sini dengan Haris”Aku membuat keputusan.Danny mengukirkan senyuman begitu
juga dengan Haris.
“Kalau macam tu,jom saya hantar balik.Bahaya awak jalan
kaki sorang-sorang”Ujar Haris.Aku berasa bersalah.Nak ditolak karang takut
menyinggungkan hati.“Alah,saya dah biasalah jalan kaki sorang-sorang”Jawab ku
menolak dengan lembut.
“Alah takpelah.Kalau tak nak Haris hantar.Biar saya yang
Hantar”Ujar Danny pula.“Ermm..Okeylah,biar Haris je yang hantar”Akhirnya aku
membuat keputusan.Danny mengangguk akur dengan pilihan ku.
“Dah jom”Ajak Haris.Aku membuntuti langkahnya.“Saya balik
dulu ye Danny.Esok kita jumpa lagi.Assalamualaikum”Aku mengangkat tangan
padanya.“Wa’alaikummussalam”Balasnya dengan senyuman.Aku terus berpaling.Rasa
seperti hati ku berdegup apabila melihatnya.
AKHIRNYA tiba juga kami berdua ke rumahku.Aku keluar dari
perut kereta yang dipandu sendiri oleh Haris.Aku lihat ibu ku berdiri di muka
pintu.Ibu tersenyum kearah ku.Aku membalas.Aku menunduk memandang wajah Haris.
“Awak tak nak singgah dulu ke?”Soalku pada Haris.Haris
memandang wajahku seketika sebelum memandang ibu di muka pintu.“Mak awak ke
tu?”Soalnya.Aku menganggukkan kepala“Cantik”ujarnya perlahan namun sempat aku
tangkap.“Dia tak kisah ke?”Soalnya lagi.
“Lah,takpe lah.Ibu saya tak kisah.Jom lah.Boleh awak kenal
dengan ibu saya”Ajak ku.Dia tersenyum lalu turut turun dari keretanya.Aku
tersenyum sahaja.Langkahku diatur kearah ibuku.Tangannya ku salam dan ku
kucup.Haris turut menyalami tangan ibu.Aku lihat ibu menilik wajah Haris dengan
pandangan yang sukar ditafsir.Tiba-tiba mata ibu berkaca.
“Ibu,kenapa ni?”Soalku kepada ibu.Ibu tersentak.Terus
wajahnya dikalih dari wajah Haris.“Ermm…takde apa-apa.Err…siapa ni?”Soal ibu
sambil mengelap air matanya.Aku memandang ibu,pelik.Kenapa ibu menangis apabila
memandang wajah Haris?Aku tertanya-tanya sendiri.
“Ha,ini lah kawan Zara yang selalu Zara cerita tu,Nama dia
Haris Badri bin Mohd Fadil.Nama ayah kitorang samakan ibu?”Aku teruja
menceritakan hal Haris pada Ibu.Mata ibu tiba-tiba terbuntang.Wajahnya berubah.
“Ha…Haris Badri Bin Mohd Fa…Fadil”Ucap ibu terketar-ketar.Aku
lihat sekali lagi mata ibu berkaca.Haris menganggukkan wajah dengan seribu
tanda Tanya diwajahnya.“Kenapa ibu.Ibu okey tak?”Soalku Risau.Ibu tersenyum
sambil menggelengkan kepala menyembunyikan keadaannya yang sebenar.
“Eh,Marilah masuk,Haris.Jangan malu-malu.Buatlah macam
rumah sendiri”Jemput ibu.Haris tersenyum sambil menggelengkan kepala.“Takpe lah
Mak cik.Lain kali je lah.Saya Cuma hantar Zara je.Lagi pun dah lewat ni”Haris
menolak lembut.
“Oh.Terima kasih ye tolong hantarkan Zara”Ibu tersenyum
kepada Haris.Aku memandang wajah Haris dan Ibu silih berganti.Ya,baru aku
perasan anak mata ibu yang bewarna hitam itu sama seperti anak mata Haris.Dan wajah Haris seakan wajah Ibu.
“Sama-sama,kalau macam tu saya balik dulu ye.Kalau ada masa
saya datang sini”Haris menyalami tangan ibu sebelum berlalu pulang.Aku
memandang ibu yang seperti memikirkan sesuatu.“Ibu kenapa ni.Kalau ada masalah
bagi tahu lah”Aku memegang bahunya.Ibu menggeleng sambil mengusap rambutku.
“Takde apalah.Sayang dah makan dah?”Soal ibu lembut menyapa
telinga ku.“Belum,laparlah ibu…”Aku berkata manja sambil memegang perutku.“Alo
kesiannya anak ibu,Dah jom masuk makan”Kami berdua bergerak masuk kedalam
rumah.
MEMANDANGKAN hari ini merupakan hari minggu,aku seperti
biasa membantu ibuku mengemas rumah.Mencuci pinggan,menyapu,Mengemas ruang tamu
dan membersihkan dapur sudah menjadi rutinku pada hujung minggu.Kerja ibu pula
hanya mengemas luar rumah dan menjemur baju sahaja.
“Assalamualaikum.Zara!Zara!”Sedang asyik aku mencuci
pinggan tiba-tiba kedengaran nama ku dipanggil dari luar rumah.Aku bergegas
keluar rumah.Aku dapat melihat dua batang tubuh yang amat aku kenali berada di
luar rumah.“Mira,Ita.Kenapa ni?”Soalku.
“Kami ada berita tergempar ni”Jawab Mira sambil cuba
menghilangkan lelahnya.Mungkin penat berlari ke rumah ku.“Apa yang tergempar
tu?”Soal Ibu yang baru sahaja selesai menjemur baju.
“Ha…Haris,Dia kemalangan”Ita menjawab.Aku terkejut begitu
juga dengan ibu.Kami berdua berpandangan.“Macam mana keadaan dia dan macam mana
dia boleh kemalangan?”Soalku cemas begitu juga dengan ibu yang kelihatan resah
dengan berita itu.
“Aku dengar cerita,dia cedera ringan je.Punca kemalangan tu
disebabkan oleh pergaduhan yang tercetus antara dia dengan mak dia”Balas
Mira.”Kalau macam tu apa lagi.Mari kita ke Hospital”Ajak ibu.Kami bertiga
mengangguk setuju.
KAMI berempat menaiki teksi untuk ke hospital.Perasaan ku
kini teramat risau dengan keadaan Haris.Walaupun Mira memberitahu yang Haris
hanya mengalami cedera ringan,namun aku tetap risau.Apatah lagi punca
kemalangan itu berpunca dari pergaduhan Haris dan ibunya.
Selepas menanyakan wad yang menempatkan Haris di
kaunter,kami terus bergegas ke bilik yang telah dinyatakan.Sesampai sahaja di
hadapan bilik Haris,kami terus menerjah masuk bilik itu.Aku dapat melihat
dengan jelas Aunty Linda yang tertunduk disisi Haris yang terbujur kaku diatas
katil.
“Assalamualaikum”Ibu memberi salam.Aunty Linda mengangkat
wajahnya.Mata Aunty Linda dan Ibu bersabung.Aunty Linda terkaku sama juga
seperti Ibu.Aunty Linda terbagun sambil menekup mulutnya.“Dhia”ucap Aunty
Linda.pantas tubuh ibu dipeluk erat.“Ya,ALLAH.Lin,dah lama tak jumpa kau”Ibu
membalas pelukan Aunty Linda.Aku dan kawan-kawanku berpandangan sesama sendiri
sambil mengangkat bahu masing-masing.Tidak tahu apa yang berlaku.
“Ya ALLAH.Tak sangka boleh jumpa kau kat sini.Sejak di
London aku cari kau tahu tak”ujar Aunty Linda selepas meleraikan pelukan
mereka.Ibu hanya tersenyum.“Aku ada hal lah.Sebab tu lepas habis exam aku terus
balik Malaysia”Balas Ibu.Aku semakin keliru.Exam?London?apa semua ni.
“Eh,tapi macam mana kau ada kat sini?Haris tu anak kau
ke?”Soal Ibu sambil memandang Haris yang lena diatas katil.Aunty Linda turut
berpaling ke arah katil.Aunty Linda menggelengkan kepala.“Fadil.Dia bagi Haris
pada aku.Tapi aku tak tahu siapa mak Haris.Kau ingat Fadil lagi tak?Lelaki
paling hot dulu”Soal Aunty Linda.Aku lihat ibu terkaku.Aku semakin hairan.siapa
pula Fadil tu.Nama macam ayah aku.
“Weh,Zara.Kitorang keluar dulu eh”Ujar Mira sambil
membetulkan cermin matanya.Aku hanya mengangguk membenarkan.
“Err..ingat.ermm..kau langsung tak tahu ke siapa mak Haris
dan kenapa Fadil bagi Haris pada kau?”Soal Ibu dengan wajah yang berkaca.“Tak
aku langsung tak tahu apa-apa fasal mak Haris.Eh memandangkan kita nak bercerita
panjang.Meh la duduk dulu”Ajak Aunty Linda.Aku dibelakang ibu hanya membisu.
“Eh,Zara”baru Aunty Linda perasaan akan kewujudanku.“Kau
kenal ke anak aku?”Soal Ibu.“Hah,Zara ni anak kau ke?Lah patut lah cantik macam
kau”Aunty Linda betul-betul terkejut sampai matanya tak berkedip.Ibu
menganggukkan kepala.“Anak kandung?”Soalnya lagi.Ibu tetap menganggukkan
kepala.
“Tapi,kenapa Fadil bagi Haris pada kau?”Soal ibu masih
menuggu jawapan pada soalannya.“Fadil cakap,dia takut kalau keluarga dia tahu
yang dia dah kahwin dan dah ada anak.Aku Tanya dia kenapa tak terus terang,tapi
dia kata ibu bapa dia nak jodohkan dia dengan orang lain.Lagipun mak dia ada
penyakit”Terang Aunty Linda.
“Kenapa kau beriya nak tahu fasal Haris dan Fadil?”Soal
Aunty Linda.Ibu menundukkan wajah.Aku dapat melihat air jernih keluar dari mata
ibu.Aku juga turut tertanya-tentang hal itu.Semenjak Haris datang kerumah,Ibu
asyik termenung.
“Sebenarnya aku dan Fadil adalah suami isteri”Terbuntang
biji mata Aunty Linda.
“What!!”Aunty Linda betul-betul terkejut dengan berita
itu.Aku juga begitu.“Jadi...Haris tu sebenarnya…anak kau?”Terketar-ketar Aunty
Linda bersuara.Ibu menganggukkan wajah.Aku terkedu.“Sanggup kau rahsiakan hal
perkahwinan kau dari aku”Aunty Linda memandang tepat wajah ibu.
“Aku minta maaf…”Belum sempat ibu menghabiskan ayat.Aku
sudah menyampuk kerana rasa diriku ditipu hidup-hidup.“Kenapa ibu tak pernah
bagi tahu Zara.Kenapa Ibu?Zara ni tak penting ke?Tak boleh ke ibu
sekurang-kurangnya beritahu yang Zara sebenarnya ada abang”Aku berlari
meninggalkan bilik itu.Sakit rasanya hati ini.
“Zara,Zara dengar cakap ibu sayang”Panggil ibu namun aku
langsung tidak menghiraukan panggilan itu.Kawan-kawan ku yang menunggu diluar
bilik itu turut hairan.Aku berlari dengan laju.Ibu mengejar langkahku.Tidak
semena-menanya tubuh ku berlanggar dengan seseorang.Aku terundur ke
belakang.Aku mengangkat wajahku.Dapat aku lihat seorang lelaki yang agak
tinggi,kacak tetapi agak berumur,berkulit cerah.“Maaf”Ucapku sepatah.Dia hanya
tersenyum.
“Zara”Kedengaran suara ibu dari arah belakang.Aku
berpaling.Tiba-tiba aku lihat ibu terpaku apabila melihat lelaki yang aku
langgar tadi.Aku memandang lelaki itu pula.Lelaki itu turut terkaku.
“DHIA”Lelaki itu menyebut nama ibu.ibu pantas menarik
tanganku.Dan ingin berlalu dari situ namun dengan pantas tangan ibu dipegang
oleh lelaki itu.“Sa…saya bukan Dhia”Ibu berbohong.Aku mengerutkan dahi.Aku
semakin keliru dengan masalah ini.Siapa lelaki ini?Macam mana dia kenal
ibu?kenapa ibu berbohong?
“Jangan tipu,Abang kenal Dhia”Balas lelaki itu.Pegangan di
tangan ibu langsung tidak dilepaskan.Ibu cuba menarik tangannya namun tidak
berdaya.“Saya tak kenal awak.Awak siapa?”Ibu menyoal sambil mengalih pandangan
dari wajah lelaki itu.Aku dapat lihat riak kecewa dari wajah lelaki itu.
“Dhia masih marah abang ke?”Soal lelaki itu.Ibu hanya
berdiam.Air mata ibu sudah mengalir jatuh ke pipi.Aku hanya terkaku.Tidak tahu
apa yang berlaku.“Sudah lah,awak tak payah fikir saya marah atau tak pada awak”Kasar
sekali jawapan ibu.Ibu menarik tanganku.
“Zara,jom balik sayang.Ibu ada banyak kerja kat rumah.Ita,Mira,mari
kita balik”Tangannya yang berada dalam genggaman lelaki itu ditarik
kuat.Pegangan terlepas.Ibu pun menarikku keluar dari hospital tersebut.Kawan-kawanku
turut mengikut langkah ibu.Lelaki tersebut mengejar langkah kami.Ibu
cepat-cepat menahan teksi yang melalui hospital tersebut.Namun lelaki itu sempat
menahan kami.
“Zara,Ita,mira,masuk dulu”Suruh ibu.Aku hanya mengikut.Walaupun
berada di dalam teksi,tapi aku masih boleh mendengar perbualan antara ibu dan
lelaki itu.Aku memasang telinga supaya apa yang bermain difikiran ku dapat
dirungkai.
“Sayang kita masih suami isteri”Aku terkejut dengan ucapan
lelaki itu.Su…Suami isteri.Aku salah dengar ke?Aku rasa telinga aku masih belum
pekak.“Bukan ke awak ada isteri lain.Yang lebih cantik,lebih baik,lebih daya
penarik”Suara ibu seperti mengejek.
“Dhia,abang tak pernah sayang atau cintakan dia.Abang
sayangkan Dhia.Lagipun kami dah lama bercerai.Percayakan abang sayang”Lelaki
itu memegang tangan ibu.
“Kalau sayang kenapa sanggup serahkan Haris pada orang
lain?Kenapa biarkan Dhia berseorangan mengandung dan melahirkan Zara?Tak pernah
fikirkah perasaan Dhia selama ni.Dhia ada buat salah ke sampai hukum Dhia macam
ni?”Ibu tertunduk menahan tangis.
“Abang…”Baru sahaja lelaki itu ingin berbicara ibu terus menyampuk.“Sudahlah,Lelaki semua sama je”Ibu terus meloloskan diri ke dalam teksi.Teksi pun memecut pergi meninggalkan hospital itu.
AKU masih tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh
ibu.Seperti bermimpi sahaja sekarang ini.Rupa-rupanya lelaki tadi ialah
ayahku.Ibu menceritakan segala-galanya kepadaku.Dari belajar ke London
hinggalah aku lahir,Semuanya diceritakan oleh ibu.Tiada satu pun yang
tertinggal.
Pada mulanya sukar untuk percaya.Namun,itulah hakikatnya.Kata
ibu kami adalah kembar tahun.Kami lahir pada tahun yang sama tapi pada bulan
yang berbeza.Haris yang baru mengetahui hal itu turut terkejut.Mukanya tiada
langsung riak ceria jika berhadapan dengan mama Linda.Namun selepas ibu
memujuknya barulah Haris dapat memaafkan mama Linda.Aku dan Ibu sering
melawatnya.Ibu sering memanjakan Haris hingga membuatkan aku cemburu.Haris
sudah pun dapat menerima hal itu.
Yang menjadi masalah sekarang Cuma hubungan antara Ibu dan
Ayah yang tidak tahu hujung pangkal.Puas Ayah memujuk ibu,Namun ibu hanya
kaku.Ibu ego untuk memaafkan Ayah.Aku juga sering menelefon ayah untuk bertanya
khabarnya.Katanya dia begitu rindukan kami.Ibu langsung tidak membenarkan ayah
berjumpa denganku mahu pun abangku,Haris.
“Ibu nak solat dulu”Ujar ibu kepada kami.Aku dan Haris
mengangguk.Aku pula tidak dapat solat hari ini.Faham-faham saja lah.Selepas ibu
beredar aku memandang Haris yang ralit bermain PSP nya.Tak sedar yang kaki
masih belum pulih.Tahu lah mama Linda dan Ibu sering memanjakannya.
“Along!!”Seruku.Nama panggilan kami turut ditukar.Haris
hanya mengangkat kening.Aku semakin bengang.Sekali lagi namanya ku seru namun
hanya deheman yang disambut.Akhir sekali,dengan cara yang paling mudah,aku
merampas PSP nya.Dia memuncungkan mulut.
“Boleh tak adik jangan kacau along.Dah nak naik level tahu
tak”Marahnya padaku.Tapi tidak lah keras sangat suaranya.Dia kan sayang aku
lebih.Aku menjelingnya.PSP itu aku masukkan kedalam beg.“Dari tadi adik
panggil,along bukan nak jawab”Aku menyilangkan tangan.
“Sorrylah,tak dengar tadi,Apa hal?”Soalnya dengan penuh
tumpuan kearah ku.Aku tersenyum sambil berdehem.“Along nak tak ibu dan Ayah
kembali bersama?”Soalku kepadnya.
“Eh,mestilah.Along nak keluarga kita ni bersatu macam
keluarga yang lain”Jawabnya bersungguh-sungguh.
“Kalau macam tu,Adik ada rancangan nak satukan balik Ibu dan Ayah.Tapi kita kene minta bantuan Mama”Ucap ku.Haris teruja dengan apa yang aku katakan. Kami membuat persetujuan bersama.
“IBU,petang ni kan Along dah nak keluar dari hospital.Apa
kata kalau kita pergi jemput dia kat Hospital”Pintaku.Ibu menghentikan suapan
nasi di mulutnya.Dia tersenyum ke arahku.Tangan kirinya mencubit pipi ku yang
tak berapa nak tembam ni.
“Boleh,lagipun ibu memang nak jemput Along Zara tu”Jawab
ibu dengan senyuman yang mekar di bibir.Aku tersenyum kegembiraan.Dalam hati ni
aku sudah merancang pelbagai strategi.‘Yess…Along projek kita akan berjalan
dengan lancar’
“Tapi nanti kita minta tolong lah dengan mama Linda.Lagipun
Kita tak tahu lagi Along nak tinggal dengan siapa.Kalau buatnya dia nak tinggal
dengan mama Linda kan payah”Jawab ibu sebelum menyumbat semula nasi kedalam
mulut.
“Alah jangan risau,Along dah cakap pada Zara yang dia nak
tinggal dengan kita kat sini.Dia kata dia nak rasa tinggal dengan keluarga
sebenar.Kalau ada ayah lagi best.Kan ibu?”Aku sengaja memancing riaksi ibu.Ibu
terdiam sebentar sebelum menyumbat makanan dengan rakus kedalam mulut.Aku tahu
ibu marah dengan kata-kata.
Ibu memang pantang kalau aku menyebut perkataan ayah di
hadapannya.Dia jadi sensitive dengan perkataan tu.Aku tahu dia masih marah
dengan ayah dengan apa yang berlaku.Katanya dia lebih rela menjaga kami dua
beradik tanpa adanya seorang suami disisi.Katanya sudah biasa.
“Dah,habiskan nasi tu.Nanti tolong ibu kemaskan bilik untuk
along.Esok dia dah nak balik”Ibu mengubah topik perbualan.Aku hanya
menurut.Pantas sahaja nasi yang berbaki lagi separuh itu aku msukkan kedalam
mulut.
Keesokan harinya,seperti yang dijanjikan.Aku dan ibu pergi
ke hospital untuk menjemput along kesayanganku itu.Along terpaksa menaiki kerusi
roda kerana kakinya belum pulih sepenuhnya.Mama Linda turut berada di situ untuk menjemput anak kesyangannya itu.Ramai pulak yang
manjakan along dan membuatkan aku cemburu.Nasib badan.
“Along dah jumpa Ayah?”Soalku perlahan di telinga
Haris.Haris memandang ibu yang ralit berbual bersama Mama Linda.Dia
mengaggukkan kepala.Kemudian dia mendekatkan wajahnya di tepi telinga ku.“Along
baru jumpa ayah semalam.Itu pun sekejap sebab ayah takut Mama Linda atau ibu datang”Jawab
Haris berbisik perlahan.
“Ha,tu apa yang dibisikkan”Tegur Ibu.Terkejut kami
dibuatnya.Aku tersengih.Along buat muka seposen.“Takde apa.Kitorang cuma bercadang
nak pergi ke pantai hujung minggu ni.Boleh tak ibu?”Soalkusambil mengenyitkan
mata kearah mama Linda.Mama Linda hanya tersenyum memahami maksudku.
“Kan Along tak sihat lagi,Lain kali tak boleh ke?”Ibu
berkata sambil mengusap kepala kami berdua.“Alah ibu,please,Along nak pergi sangat.Kan
mama kan?”Soal Haris pada mama linda.
“Haah,Dhia kita bawa je budak berdua ni.Kesian diorang.Aku
pun teringin sebenarnya.Lagipun diorang kan dah habis exam”Pujuk Mama Linda.Ibu
termenung sebentar.
“Kalau macam tu aku ikut je.Asalkan diorang Happy”Ucap Ibu
selepas lebih beberapa saat memikirkan perkara itu.Kami berdua menjerit
kegembiraan.Along aku pun sama,tak sedar yang dirinya masih lagi belum sembuh
nak meloncat-loncat atas kerusi roda tu.Nampaknya rancangan kami bakal Berjaya.
Ibu hanya mampu menggelengkan kepala dengan keletah kami
berdua yang macam monyet dapat pisang.Kemudian ibu terus menolak kerusi roda
Haris kearah kereta milik mama.Tak sabar nak tunggu hari bersejarah tu nanti.
AKU memeluk tubuh ayah dengan erat.Ayah membalas pelukan ku
sambil menghadiahkan sebuah kucupan diubun-ubunku yang ditutupi dengan
selendang yang ku pakai.Kemudian Haris pula ditarik dalam pelukannya dan
melakukan perkara yang sama.
Hari ini aku sangat gembira apabila dapat berjumpa dengan
ayah.Bukan lagi dalam telefon tetapi secara bersemuka.Selepas sahaja kaki Haris
sembuh,kami berempat termasuk mama Linda terus ke Rantau Abang yang terletak di
Terengganu dan tanpa pengetahuan ibu kami bertiga telah bersepakat untuk
mengajak ayah kemari.Strategi berjalan dengan lancar.
“Ibu tahu tak along dengan adik keluar ni?”Soal ayah pada
kami.Kami mengangguk.“Tahu.Tapi kitorang cakap nak jalan-jalan je”Balas Haris
selambe.Ayah hanya menganggukkan kepala.Aku pula tersengih menampakkan gigiku.
“Jadi nak buat apa sekarang?”Soal Ayah kepada kami.
Kami berdua berpandangan sebelum sama-sama
tersenyum.“Ayah,time-time macam ni kan seronok kalau makan ais krim”Aku
berpura-pura mengipas diriku menggunakan tangan.Haris menyiku belakangku dengan
wajah cemberutnya.
“Kita mandilah baru best.Atau main layang-layang ke?”Aku
mendengus tidak berpuas hati dengannya.“Dah jangan gaduh.Lepas beli ais krim
kat situ,baru kita mandi.Lepas tu kita beli layang-layang,Okey”Ayah
menghentikan kami berdua.Aku dan Haris mengangguk setuju.
Selepas sahaja membeli ais krim yang terdapat di tepi
pantai itu,Haris terus melompat masuk kedalam air pantai yang cantik itu.Macam
tak sabar sangat je abang aku sorang ni.Aku pula menikmati ais krim kacang di
sebelah ayahku,sambil tu aku berborak-borak tentang diriku.Entah kenapa
walaupun baru hari ini bertemu muka aku sudah terlalu manja dengan ayahku.
“Lah kat sini rupanya,Puas Mama cari”Aku berpaling apabila
mendengar suara itu.Mama Linda memandangku sambil tersenyum.Aku tersengih.“Alah,Kitorang
ingat mama nak mengorat Uncle tadi tu,sebab tu kitorang duduk dengan Ayah ni”Saja
aku menyakat Mama Linda.Padahal kitorang tahu yang uncle tadi tu adalah rakan
niaga mama.Aku lihat muka mama memerah.Malulah tu…
“Ish,ada-ada je lah”Mama mencubit pipiku.Aku mengaduh
kesakitan.“Ayah tengok tu,Mama cubit pipi adik”Aduku pada Ayah.“Sampai hati kau
cubit pipi anak aku yang comel ni”Ayah turut bergurau.
“Aku geram dengan anak kau ni”Sekali lagi pipi ku
dicubit.Kami bertiga ketawa.Along aku pula dari tadi seronok sangat mandi
pantai.“Mama,ibu mana?”Soal ku.
“Ada dalam bilik tengah solat”Jawab Mama.Aku menganggukkan
kepala.“Ayah,Adik nak pergi dekat along kejap?”Pintaku.Dia menganggukkan
kepala.Aku terus berlalu kearah Haris yang sudah pun beransur ke tepi.
Haris mengangkat kening ke arahku.Aku mengangkat ibu
jariku.“Macam mana perancangan kita macam ni Along?”Haris tersenyum.“Semua
okey.Lagipun along minta tolong Danny”Balasnya.Aku melopongkan mulut.Danny ada
kat sini?Bila?Kenapa tak bagi tahu aku?huwa...
"Dah,tak payah nak dramatik sangat.Adik ni macam ada something je dengan Danny.Korang couple ke?"Soal Haris sambil menjongketkan keningnya.
"Mana adalah.Along ni kan"Aku mencubit tubuhnya cuba membuang maluku."Dah yang penting sekarang ni rancangan kita berjaya"Along mencubit pipiku.Aku mengaduh dan tak lama kemudian aku tersenyum.
Aku meletakkan baju yang ditempah khas untuk ibu diatas katil.Waktu ini ibu sedang mandi,Mereka memberitahu ibu bahawa mlam ini mereka ingin makan malam bersama-sama.Baju itu ayah yang pilihkan untuk ibu.Katanya,dulu sewaktu mereka di kota London,Ibu selalu menyuruh Ayah memilihkan baju untuknya.
Selepas meletakkan baju itu,aku segera berlalu kearah kerusi yang terletak di balkoni betul-betul berhadapan dengan laut.Aku berpura-pura membaca novel.Tidak lama kemudian ibu keluar dari bilik air.Aku masih lagi berpura-pura membaca Novel.Sesekali mataku menjeling ke arah ibu.Dapat aku lihat ibu mengambil baju itu.
"Adik"Panggilnya tanpa mengalihkan pandangan dari baju itu."Ya"jawabku lancar.Aku meletakkan novel tersebut diatas meja bersebelahan kerusi tersebut.Aku mendekati ibu yang kelihatan sangat kehairanan."Baju ni siapa punya?"Soal ibu sambil menunjukkan baju tersebut.Aku tersenyum.
"Baju ibulah"Balasku.Ibu tergamam.Dia seakan-akan tidak percaya."Siapa yang bagi?"Soalnya lagi.Aku kaku.Apa nak cakap ni.Hah,kau bedal je Zara,asalkan Ibu tak curiga..Aku tersengih menampakkan barisan gigiku yang putih.
""Ini,khas untuk ibu.Malam ni kan kita berempat nak dinner sama-sama"Balasku dengan senyuman manis dibibir.
"Oh,baru ibu ingat.Cantik baju ni.Ibu suka warna dia cantik sangat"Ibu memerhati baju itu dengan penuh keterujaan.Baju tersebut disarung ke tubuhnya.Ibu menggayakannya dihadapan cermin.Ibu memang cantik.sesuai dengan dress labuh yang bewarna biru laut itu.
"Adik pun buat apa tercongok dekat situ,pergilah bersiap"Ibu mengarah."Baik"Terus sahaja aku berlalu masuk kedalam kamar mandi.
"Silakan"Alongku menghulurkan tangan kepada ibu.Macam nak dinner dengan girlfriend je gayanya.Aku yang berada dibelakang ibu langsung tidak dihiraukan.Sampainya hati alongku ini huwaa...nak nangis ni.
"Tuan puteri,silakan"Tiba-tiba terdengar suara lelaki disebelahku.Aku berpaling dan alangkah terkejutnya diriku apabila mendapati Danny berada betul-betul disebelahku.Pipiku tiba-tiba sahaja jadi kebas.Agaknya dah merah sangat muka aku ni.
"Terima kasih"Aku mengikuti langkah ibuku dengan diiringi oleh Danny dan Haris.Rasa macam puteri raja pula.Aku duduk disebelah ibu begitu juga dengan Haris kecuali Danny yang terus sahaja berlalu.Aku memandang Haris,Haris membalas sambil menjongketkan kening.Aku menjuihkan bibir.
Okey aku dan Haris mula bersedia dengan rancangan seterusnya apabila kelibat ayah dapat kami tangkap.
"Asssalamualaikum"Ayah memberi salam.Kami bertiga berpaling.Ibu yang pada mulanya tersenyum manis mula mematikan senyumannya.Wajahnya terus dikalih ke tempat lain.Kami tersenyum kearah ayah sambil mengangkat ibu jari kami."Ibu,Ayah kitorang nak cari Mama Linda sekejap"Ujar Haris lalu menarik tanganku.
"Biar Ibu ikut"Laju sahaja ibu hendak berlalu.namun dengan pantas kami menghalang.
"Eh takpe ibu,kitorang pergi sekejap je,betul tak adik?"Haris menyoalku.aku dengan pantas aku mengangguk.Ibu hanya menurut dengan hati yang berat.
"ALONG,rasa-rasanya rancangan kita akan berjaya tak?"Soalku ketika kami sudah berlalu kearah Mama Linda yang duduk tidak jauh dari situ.
"Mestilah menjadi"Aku hanya mencebik sebelum berlari kearah mama Linda.Hanya beberapa langkah sahaja lagi kakiku mendekati mama Linda Danny menghalangku."Boleh saya cakap dengan awak sekejap?"soalnya.
Aku memandang alongku yang sedang membuat thumb up kepada Danny.Aku tidak faham dengan maksud itu."Boleh,kita cakap dekat sana"Aku menunjuk ke arah tepi pantai.Danny mengangguk tanda setuju.
Kami berjalan beriringan menuju ke tepi pantai.Setibanya disitu aku hanya membisu sambil memandang air laut.Sesekali aku mengerling Danny yang seperti tak keruan itu.Aku hanya membisu sebab takde apa nak cakap.Sekarang aku hanya menunggu Danny untuk bercakap.
"Ermm...Zara"Panggil Danny agak tersekat.Aku memandangnya dengan senyuman.Tubuh aku palingkan menghadapnya.Dia memandang mataku hingga menikam jiwa.Jantungku tiba-tiba berdengup dengan laju dan dengan pantas aku menundukkan wajah.
"Awak nak cakap apa dengan saya?"Soalku dengan wajah yang masih menunduk.
"Sa...saya suka awak!!"Ucapnya dengan nada agak kuat.Membulat mataku dengan pantas kepala ku dongak memandang wajahnya.Aku lihat dia sudah menggaru kepalanya.Aku sudah mula tak selesa.Biar betul Danny suka aku,tapi...aku menggeleng kepalaku.
"Saya tahu awak tak percaya dengan apa yang saya cakap,tapi saya nak awak percaya juga"Danny memandangku dengan senyuman.Aku mengetap bibir.Aku memandangnya yang masih belum pudar dengan senyuman."Adik,terima je lah"Tiba-tiba suara Along menyampuk.Aku berpaling.Haris tersenyum sambil menyandarkan tubuh pada sebatang pokok.
"Along!!"Aku tertunduk malu.Haris berjalan kearah kami.Dia mengusap kepalaku sebelum mendekati Danny."Nampaknya tak lama lagi bolehlah kau jadi adik ipar aku"Haris menumbuk bahu Haris perlahan.Aku mencebik akibat terlalu.
"Jadi awak setuju tak nak jadi girlfriend saya?"Soal Danny.
"Berikan saya masa"
"Saya dah tak boleh bagi awak masa.Next week saya dak nak balik UK"Ucap Danny perlahan.
"Ermm...kalau macam tu..."Aku sengaja membuat Danny tertanya-tanya.Tapi nampak gayanya abang aku yang double teruja.
"Saya setuju.Lagipun...saya memang suka awak"Balasku malu-malu.
"Yess...nampaknya kau memang adik ipar aku"Haris memeluk bahu Haris.Danny memandangku sambil mengenyit sebelah matanya.Aku menjelingnya.
Akhirnya semuanya sudah tamat.Ayah dan Ibu sudah berbaik dan kami berempat berpindah ke kediaman ayah.Barulah aku tahu cerita sebenar kenapa ibu benci pada Ayah.Rupanya Nenek, mak kepada ayah paksa ayah kahwin dengan pilihannya.Ayah menolak,Tetapi akibat hormatkan ibunya,dia terpaksa.Aku juga dapat tahu ayah dan perempuan pillihan ibunya sudah bercerai.Ayah cerita dia tak tahan dengan perangai bekas isterinya itu.
Danny dan aku pula menjalinkan hubungan cinta dari jarak jauh.Dia mengambil keputusan ingin bertunang denganku selepas aku tamat SPM dan lima tahun dari tarikh pertunangan itu kami akan berkahwin.Aku ikut sahaja kehendaknya.
Haris a.k.a Along kesayangan aku pula sedang dalam usaha untuk memikat sahabat baik aku,Mira.Entah macam mana boleh minat dekat kawan aku seorang tu.Tetapi,apa-apa pun keputusan PT3 tetap tip top,Alhamdulillah,semua lulus.Aku mendapat tujuh A,satu B,dua C.Haris pula jangan ditanya.Semestinya straigh A.
Mama Linda pula telah pun mendapat pengganti suaminya.Aku dapat lihat kesedihan yang selama ini bermukim dihatinya telah berlalu.Aku sangat bersyukur.
Alhamdullillah,aku gembira dengan hidup aku sekarang.Walau apa pun rintangan yang mendatang.Aku yakin aku mampu hadapi semua tu.
"Dah,tak payah nak dramatik sangat.Adik ni macam ada something je dengan Danny.Korang couple ke?"Soal Haris sambil menjongketkan keningnya.
"Mana adalah.Along ni kan"Aku mencubit tubuhnya cuba membuang maluku."Dah yang penting sekarang ni rancangan kita berjaya"Along mencubit pipiku.Aku mengaduh dan tak lama kemudian aku tersenyum.
Aku meletakkan baju yang ditempah khas untuk ibu diatas katil.Waktu ini ibu sedang mandi,Mereka memberitahu ibu bahawa mlam ini mereka ingin makan malam bersama-sama.Baju itu ayah yang pilihkan untuk ibu.Katanya,dulu sewaktu mereka di kota London,Ibu selalu menyuruh Ayah memilihkan baju untuknya.
Selepas meletakkan baju itu,aku segera berlalu kearah kerusi yang terletak di balkoni betul-betul berhadapan dengan laut.Aku berpura-pura membaca novel.Tidak lama kemudian ibu keluar dari bilik air.Aku masih lagi berpura-pura membaca Novel.Sesekali mataku menjeling ke arah ibu.Dapat aku lihat ibu mengambil baju itu.
"Adik"Panggilnya tanpa mengalihkan pandangan dari baju itu."Ya"jawabku lancar.Aku meletakkan novel tersebut diatas meja bersebelahan kerusi tersebut.Aku mendekati ibu yang kelihatan sangat kehairanan."Baju ni siapa punya?"Soal ibu sambil menunjukkan baju tersebut.Aku tersenyum.
"Baju ibulah"Balasku.Ibu tergamam.Dia seakan-akan tidak percaya."Siapa yang bagi?"Soalnya lagi.Aku kaku.Apa nak cakap ni.Hah,kau bedal je Zara,asalkan Ibu tak curiga..Aku tersengih menampakkan barisan gigiku yang putih.
""Ini,khas untuk ibu.Malam ni kan kita berempat nak dinner sama-sama"Balasku dengan senyuman manis dibibir.
"Oh,baru ibu ingat.Cantik baju ni.Ibu suka warna dia cantik sangat"Ibu memerhati baju itu dengan penuh keterujaan.Baju tersebut disarung ke tubuhnya.Ibu menggayakannya dihadapan cermin.Ibu memang cantik.sesuai dengan dress labuh yang bewarna biru laut itu.
"Adik pun buat apa tercongok dekat situ,pergilah bersiap"Ibu mengarah."Baik"Terus sahaja aku berlalu masuk kedalam kamar mandi.
"Silakan"Alongku menghulurkan tangan kepada ibu.Macam nak dinner dengan girlfriend je gayanya.Aku yang berada dibelakang ibu langsung tidak dihiraukan.Sampainya hati alongku ini huwaa...nak nangis ni.
"Tuan puteri,silakan"Tiba-tiba terdengar suara lelaki disebelahku.Aku berpaling dan alangkah terkejutnya diriku apabila mendapati Danny berada betul-betul disebelahku.Pipiku tiba-tiba sahaja jadi kebas.Agaknya dah merah sangat muka aku ni.
"Terima kasih"Aku mengikuti langkah ibuku dengan diiringi oleh Danny dan Haris.Rasa macam puteri raja pula.Aku duduk disebelah ibu begitu juga dengan Haris kecuali Danny yang terus sahaja berlalu.Aku memandang Haris,Haris membalas sambil menjongketkan kening.Aku menjuihkan bibir.
Okey aku dan Haris mula bersedia dengan rancangan seterusnya apabila kelibat ayah dapat kami tangkap.
"Asssalamualaikum"Ayah memberi salam.Kami bertiga berpaling.Ibu yang pada mulanya tersenyum manis mula mematikan senyumannya.Wajahnya terus dikalih ke tempat lain.Kami tersenyum kearah ayah sambil mengangkat ibu jari kami."Ibu,Ayah kitorang nak cari Mama Linda sekejap"Ujar Haris lalu menarik tanganku.
"Biar Ibu ikut"Laju sahaja ibu hendak berlalu.namun dengan pantas kami menghalang.
"Eh takpe ibu,kitorang pergi sekejap je,betul tak adik?"Haris menyoalku.aku dengan pantas aku mengangguk.Ibu hanya menurut dengan hati yang berat.
"ALONG,rasa-rasanya rancangan kita akan berjaya tak?"Soalku ketika kami sudah berlalu kearah Mama Linda yang duduk tidak jauh dari situ.
"Mestilah menjadi"Aku hanya mencebik sebelum berlari kearah mama Linda.Hanya beberapa langkah sahaja lagi kakiku mendekati mama Linda Danny menghalangku."Boleh saya cakap dengan awak sekejap?"soalnya.
Aku memandang alongku yang sedang membuat thumb up kepada Danny.Aku tidak faham dengan maksud itu."Boleh,kita cakap dekat sana"Aku menunjuk ke arah tepi pantai.Danny mengangguk tanda setuju.
Kami berjalan beriringan menuju ke tepi pantai.Setibanya disitu aku hanya membisu sambil memandang air laut.Sesekali aku mengerling Danny yang seperti tak keruan itu.Aku hanya membisu sebab takde apa nak cakap.Sekarang aku hanya menunggu Danny untuk bercakap.
"Ermm...Zara"Panggil Danny agak tersekat.Aku memandangnya dengan senyuman.Tubuh aku palingkan menghadapnya.Dia memandang mataku hingga menikam jiwa.Jantungku tiba-tiba berdengup dengan laju dan dengan pantas aku menundukkan wajah.
"Awak nak cakap apa dengan saya?"Soalku dengan wajah yang masih menunduk.
"Sa...saya suka awak!!"Ucapnya dengan nada agak kuat.Membulat mataku dengan pantas kepala ku dongak memandang wajahnya.Aku lihat dia sudah menggaru kepalanya.Aku sudah mula tak selesa.Biar betul Danny suka aku,tapi...aku menggeleng kepalaku.
"Saya tahu awak tak percaya dengan apa yang saya cakap,tapi saya nak awak percaya juga"Danny memandangku dengan senyuman.Aku mengetap bibir.Aku memandangnya yang masih belum pudar dengan senyuman."Adik,terima je lah"Tiba-tiba suara Along menyampuk.Aku berpaling.Haris tersenyum sambil menyandarkan tubuh pada sebatang pokok.
"Along!!"Aku tertunduk malu.Haris berjalan kearah kami.Dia mengusap kepalaku sebelum mendekati Danny."Nampaknya tak lama lagi bolehlah kau jadi adik ipar aku"Haris menumbuk bahu Haris perlahan.Aku mencebik akibat terlalu.
"Jadi awak setuju tak nak jadi girlfriend saya?"Soal Danny.
"Berikan saya masa"
"Saya dah tak boleh bagi awak masa.Next week saya dak nak balik UK"Ucap Danny perlahan.
"Ermm...kalau macam tu..."Aku sengaja membuat Danny tertanya-tanya.Tapi nampak gayanya abang aku yang double teruja.
"Saya setuju.Lagipun...saya memang suka awak"Balasku malu-malu.
"Yess...nampaknya kau memang adik ipar aku"Haris memeluk bahu Haris.Danny memandangku sambil mengenyit sebelah matanya.Aku menjelingnya.
Akhirnya semuanya sudah tamat.Ayah dan Ibu sudah berbaik dan kami berempat berpindah ke kediaman ayah.Barulah aku tahu cerita sebenar kenapa ibu benci pada Ayah.Rupanya Nenek, mak kepada ayah paksa ayah kahwin dengan pilihannya.Ayah menolak,Tetapi akibat hormatkan ibunya,dia terpaksa.Aku juga dapat tahu ayah dan perempuan pillihan ibunya sudah bercerai.Ayah cerita dia tak tahan dengan perangai bekas isterinya itu.
Danny dan aku pula menjalinkan hubungan cinta dari jarak jauh.Dia mengambil keputusan ingin bertunang denganku selepas aku tamat SPM dan lima tahun dari tarikh pertunangan itu kami akan berkahwin.Aku ikut sahaja kehendaknya.
Haris a.k.a Along kesayangan aku pula sedang dalam usaha untuk memikat sahabat baik aku,Mira.Entah macam mana boleh minat dekat kawan aku seorang tu.Tetapi,apa-apa pun keputusan PT3 tetap tip top,Alhamdulillah,semua lulus.Aku mendapat tujuh A,satu B,dua C.Haris pula jangan ditanya.Semestinya straigh A.
Mama Linda pula telah pun mendapat pengganti suaminya.Aku dapat lihat kesedihan yang selama ini bermukim dihatinya telah berlalu.Aku sangat bersyukur.
Alhamdullillah,aku gembira dengan hidup aku sekarang.Walau apa pun rintangan yang mendatang.Aku yakin aku mampu hadapi semua tu.
0 komentar:
Posting Komentar